TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD
HPA merujuk kepada Herba Penawar
Alwahida. Nama Wahida diambil bersempena nama anak sulung pengasas HPA
sendiri. Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj.
Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September
1986 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan
Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan
peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd telah
ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan
dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi,
pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk
memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai
satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang
terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.