Sejarah Radix Pak Haji

Pengenalan

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida. Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan. HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

Pentadbiran dan pengurusan

Pentadbiran & Pengurusan Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan 1, dibantu oleh Pengarah Urusan 2 dan Pengurus Besar :-

1. Pengarah Urusan 1 : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad
2. Pengarah Urusan 2 : Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin
3. Pengurus Besar AWM : Tuan Muhammad Faisol Abdul Rahman
2. Pengurus Besar R & D : Tuan ABDUL GHANI BIN HUSAIN
3. Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS : Puan Rashidah Binti Abdul Rahim
4. Pengurus Besar Akaun : Tuan Rosli Bin Abu Bakar
Shopping Cart
Scroll to Top
Open chat
Salam
Boleh saya bantu?